Wednesday 12 October 2011

Jagalah Hak ALLAH



Wahai sahabatku..^_^

Bila kita memulakan sesuatu...
Kadang-kadang kita lupa letakkan niat
Kadang-kadang kita lupa baca Bismillah
Sebab tu bila ada masalah,
Kita cepat menyerah...

Bila kita berniat...
Kadang-kadang kita lupa letakkan usaha,
Kadang-kadang kita tunggu disergah baru hendak mengolah,
Sebab tu bila kerja tak menjadi,
Kita mula angkat kaki...

Bila kita berusaha...
Kadang-kadang lupa pula hendak berdoa,
Siang malam kerah tenaga dan masa...
Sebab tu bila kerja masih tak sempurna,
Kita mudah putus asa...

Bila kita berniat, berusaha dan berdoa...
Kadang-kadang kita lupa pula untuk bertawakkal pada Yang Esa.
Bertawakal pun pada bicara tapi di hati masih buta.
Sebab tu bila dilanda masalah,
Kita marah tak tentu hala...

Bila kita berniat, berusaha, berdoa dan bertawakal...
Kadang-kadang kita tetap alpa,
Nak sebut Alhamdulillah pun payah,
Berdoa pun sekali sekala,
Bersyukur sekejap cuma..

Sebab tu bila kita berjaya,
Allah datangkan ujian dan musibah...
Supaya kita ingat dan kembali ke jalan redha,
Tetapi kita kecewa sampai mencari jalan mudah..
Membenci diri memusuhi nadi.

Sedangkan...
Kita manusia ciptaan Allah,
Bernafas di udara yang sama,
Bila lemah Allah itu ada,
Bila derita Allah itu bersama,
Senang, susah, sedih, gembira...
Allah takkan lupa pada langkah kita.
Tapi sememangnya lahiriah kita,

Kadang-kadang lebih suka dipuji,
Sebab itu kita jarang memuji Yang Maha Terpuji,
Kadang-kadang lebih suka dicintai,
Sebab itu kita lupa menyintai Yang Maha Menyintai,
Kadang-kadang kita lebih suka menyendiri,
Tapi lupa Allah sedang memerhati...

Sebab itu teruskanlah bermuhasabah pada pencipta,
Kerana dalam firman Allah;

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya. (Ar-Ra'd:11)"

Kerana itu..
Pada masalah harus bersabar dan redha
Pada ujian harus tabah dan teguh
Pada kegagalan harus usaha, doa dan tawakkal
Pada kejayaan harus usaha, doa dan tawakkal..

Sama tetapi tidak serupa,
Kerana kejayaan di dunia bukan pengukur kejayaan di sana
Kekayaan harta di dunia bukan jaminan kebahagiaan di sana
Kesusahan dan penderitaan di dunia belum tentu bersambung di sana
Kealpaan kita di dunia pasti menjadi kesakitan kita di sana...

Di sana itulah yang perlu kita kejar,
Agar dunia mengikuti dengan redha...
Di sana,
Akhirat yang pasti...
Syurga yang terindah,
Atau
Neraka yang menyala!


.............................

"Jika kita menjaga hak2 ALLAH,
Nescaya ALLAH akan menjaga hak kita"

Jika kita ingat pada ALLAH sewaktu senang,
Nescaya ALLAH akan ingat pada kita sewaktu kita susah"

Jika kita ingat pada ALLAH sewaktu kita sihat"
Nescaya ALLAH akan ingat pada kita sewaktu kita sakit"

Saturday 8 October 2011

Jadilah yg Terbaik!!



"Kita tidak seharusnya mencari yang terbaik, jadilah yang terbaik, nescaya akan datang pada kita yang terbaik."
ada satu kisah...
Apa yang sudah ketinggalan, biarpun ada di antaranya yang terbaik, usahlah cuba berharap lagi. Apabila kita sudah bertemu dengan seseorang, usahlah kita berusaha untuk mencari yang lebih baik lagi daripada dia. Kita patut hargai insan yang berada di depan kita sebaik-baiknya.

JALAN n MAKAN-MAKAN

Ad satu mlm 2..time akak ad kete...kteowg kuar berlima tok mkn2 n jln2...akak bercadang tok cari restoran kt area2 jln ke kuala kedah...jd..kuarlah kteowng berlima aq, akak, wani, k.fatimah, k.arina...dgn bajet duit mkn sowng rm20....spnjang perjalanan...mata kteowng melilau ke luar tingkp tok cari restoran yg nmpk menarik tok kteowg mkn kt c2...Akhirnya...kami singgh di restoran ni...



nama restoran ni law kte tgk sekali imbas mcm rokok...tp bukn..nmanya rakok....kt cni..kteowg pown mencuba lah nasib..dgn mengorder mknan set....lauk2 terdiri dr ikn siakp 3rasa, tmym seafood, sayur campur, telur dadar, sotng greng tepung, dgng masak merah...air tembikai satu jag...not badlh mkanan di cni...aq tgk kwn2 aq berselera mkn...tmbh2...tp waktu ni aq kurng selera mkn sbb aq kena gegata...kt kedah downg pnggil kelopak garam...n baru gak dr bek dmam n cirit...jd mood nk mkn 2 kurang....


nilah gmbar2 kteowg..
yg ni aq...


ni akak dgn wani..


k.fatimah, k.arina n aq..


gmbar ni kt pin2 gerbng nk msok kdai ni..


aq n akak kesygnku..


posing2....



pas 2 memandgkn jam di tgn menunjukkn mlm masih muda..kteowg pown lajak kan lah diri ke ICT alor setar... not badlah kt cni...cume xlah sebesar ict di shah alam..


dan kteowg...ap lg..tnggu lg...berposing lah..hehehe.....











mlm yg menyeronokkan...
huhuhu..terbyklh plak gmbr bg n3 aq kali....



Friday 7 October 2011

muncul semula...

Lmanya xbercerita kt cni...urm...nk mula dr mna ye...aq mulakan dr raya lah...walaupown dh sebuln lbih dh hbis raya.....
bermulanya di cni.....
aq blik ke JOHOR...kg halaman ku di prt.archong...2ari seblom raya...cewah...pdahal blik umah sendiri...nk blik kg..umah aq lah kg...tempt pkck2 aq berkumpul...almaklumlah...aq xdah xda atok n nenek dr dua2 belah pihak...
umah dah menanti tok aq kemas dibhgn aq spt thon2 sblm ni...adik beradik 2owg jer....manalah nk menang tgn nk kemas sumenya....dgn nk masak lg....tp bab masak memasak bkn kerja aq...aq xgemar...aq suka mengemas n menghias jer....

raya pertama.....


ni adalah burasak n lepat loi...mkanan tradisi bugis yg WAJIB setiap thon kena ad...xda xsah raya...


yg ni plak bihun sup tulang...setiap thon owg marhaban kg ku akan sdiakan space kt perut downg..utk memuatkan bihun sup tulng ni....walaupown dh mkn mcm2 kt umah len...downg akn mkn tmbh2...n licin...huhuhuhu...





haa...nilah hidgn tok owg marhbn..sumenya 3meja..tp dlm gmbr ni ad 2 meja jer.....
mcm2 jenis lauk ad...





raya kedua...


raya kedua thon ni abg long masak nsi serai...lauk2nya..aym msak merah, kari aym, dgng kicp, sayur capcai, n yg plg istimewa ikn siakap 3rasa....
mkanan2 ni hnya tetamu yg bertuah jer dpt mkn...sbb law nk bg sume mkn..mmg xcukp walaupown downg msak byk dah....sbb raya kedua umah aq penuh...mcm wat open house...
dan raya yg seterusnya hnya bg mkn kuih raya jer...

nilah family ku...


ni mak n cik(kakak mak)
ramai yg kta 2owg ni kembar...tp sowng tnggi, sowng g rendah..huhuhu..





nilah fmily ku..terdiri dr mak, cik, kak long, abg long(abg ipar) n hanif aiman(ank sedaraku)..
thon ni merupakan thon yg ke-3..aq beraya tnpa seowg abah....
mmg rasa hidup ni xbermakna tnpa dpt rasa lg kasih syg dr seowg abah...
tp ap2 pown..hidop ni mesti diteruskan......
 aq sayang keluargaku....



Monday 15 August 2011

pengalaman pertamaku 2run lapangan


Sabtu baru-baru ni..13/8  bersamaan dgn 13 ramadhan…aq dpt satu pengalaman baru yg aq xpnh dpt seblom ni….aq telh diajak oleh akak utk turun lapangan …memberi risalah kelebihan berpuasa dn kurma kpada non muslim…akak tlh mengajak kwn2 ku sama turun lapangan..tp downg last minit xjd..xpelah bkn rezeki downg tok menolong…



Kteowg disurh dtg brkumpl di msjid zahir kul 5.30…tp disbbkn kteowg hbis klas bhasa arb bersma ustazh kul 5.10…kteowg lmbt ckit smpai kt sna…smpai2 kt sna..dowg bhagikn kmpuln…aq dn akak kena bg kt sentosa…aq tkowt gak nk wat benda ni….tp nsib baiklh penerimaan non muslim baik2 sahaja….mrk menrima dgn senyuman dn trus khusuk membca…tp ad gak segelintir yg xmau menrima risalah tu…ad sowng uncle cina ni plak ble dpt risalah 2 dia g bg kt pekerja dia yg islam..aq terdgr dia ckp..(aku tak pose ko amiklah benda ni,dowg salah owg)..walhal risalah 2 mmg utk owg non muslim…


Msa yg digunakan hnya dlm 30minit shja….tp aq rasa seronok sgt dgn pengalm 2….wlaupown aq letih sgt pd ari sabtu 2..dgn klas syeikh manzo seblah pg..pas 2 ikot akak amik kete kt umah dia…n then klas bhsa arb dgn ustzh pula…dn mlm ad metg n selesaikn kerja syarie….tp aq rasa seronok sgt dn puas memanfaatkn hari wk2 tu….


*Seperti yg kte taw…klaw kte menolong agama Allah…Allah akan menolong kte….

Friday 5 August 2011

ujian utk ku..



Lmanya aq xpost smthg kt blog aq ni…dahlah bru bpe n3 yg aq ad…….bkn nya ap…sblom2 ni aq agak busy lah….busy study tok daruthani dn  nk centerkan hati supaya kuat n tabah dgn ujian nya…bkn nya senang nk amik daruthani ni…byk ujian nya…mna xnye…aq sowang jer kene study, owg len masing2 ngadp lptop tok men gme, tgk movie…tp aq plak kne ngadap buku…hati aq ni bkn nya kuat sgt pown…rasa tergugat ble mna tgk owg len xngadap buku….bknnya senang nk dpt semangat tok study seperti owg len selalu kata…”study..jgn memain”…tp..btapa perit nya tok lalui..hnya Allah jer yg taw hati ni….nk study pown knelh amik mood n kne dgn suasana…


Tiba jer ari daruthani..aq pown glah dewan tok amik exam…sesampainya di dewan…kwn2 aq yg senasib dgn aq dtg dkt dgn aq…pas 2 downg kata..” hazwati ke ni? Biar btol?” ya allah tension nya aq dgr…dahlh prof2 xcaya aq kene amik daruthani…kwn2 pown xcaya…urm..sedih nya...jwpn aq pada downg..” ye..hazwati lah ni…xcaya ke…biasalah..setiap owg 2 bkn nya sentiasa diatas…adakalanya ia akan berada di bwh…dan kali ni aq di uji…tok merasa bagaimana perasaan kwn2 len sblom ni yg kene amik daruthani…

Akak kesayangn aq lah yg byk memberi semangt tok aq bangkit semula…result exam sem 4..mmg wat aq rasa terduduk n tersungkur jatuh…akak aq lah yg memberi aq semangt n kata2 perangsang tok aq bangkit semula…bak kata akak:”adik, bangkitlah…teruskan usaha, jgn pandang ke belakng…” jatuh, bngun..diatas, dibwh…e2 sume adat dlm menuntut ilmu…time kasih kak byk2 kerna byk memberi semangt kt adik….adik sayang akak selamanya…

Utk result  darusthni ni..insya allah..aq bersedia tok terima ap saja ketentuan nya…aq usaha..usaha dah..skng tinggl byk kn doa dn bertawakal kepada allah…

-Hidop ini umpama roda…kadang2 kte berada diatas, kadang2 kte berada dibwh…

-Manisnya kejayaan apabila kita dpt merasa pahitnya menempuh kejayaan, serta pahitnya bila kte jatuh utk bangkit semula….

*Utk sahabat2…semoga kalian menjadi insan yg cemarlang dunia akhirat…

Tuesday 26 July 2011

kisah nafsu yg degil pd perintah allah

Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke 13 Hijrah, menerangkan bahawa:

Sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud : 

"Wahai akal mengadaplah engkau." Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal, berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik.

Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal, Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah."

Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau."

Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau."

Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau."

Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku."

Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahawa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa.

Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahawa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi musnah

Saturday 23 July 2011

persahabatan

N3 kali ni aku nk merapu....huhuhuhu...

Kadang2 kita ni lebih banyak menjaga HATI "orang lain " .....
Namun...hati kita tidak Dpedulikannya......
Masya Allah..indahnya Persahabtan itu..

Kadang2 kite rela Di perbodoh kan...asal mampu menimpa kebodohan sahbt yg sgt disayanginya...

kadang2 kite sanggup berlapar asal melihat Sahabat nya tidak merasa kelaparan yg pedih dirasainya...

kadang2 kite sanggup berpayah...bersusah...ber n semua ber la....untuk sahabtya...demi kesejahteraan sahabatnya.....dan kasih sygnye itu tulus untuk memperkukuhkan erti persahabtan itu,,,

namun...;;;.......
?? dimanakah sahabt itu...tika kite sangat2 memerlukannya...
?? dimana sahabt itu tika kita sgt merinduinya...
?? dimana sahabt2 itu tika kita asyik mengigatinya...

begitulah lumrah erti persahabtan agaknya...
tika perlu...kita umpama maharaja yg di julang tinggi menggunung...
umpama ”Rama2 yang cantik dan dijadikan perhiasan di meja tulis”..

umpama “kaca yg di jaga rapi takut terjatuh pecah dan berderai”...


tp sebaliknya bila kite xdiperlukan...dilupakan...
time kite susah...brapa rmai jer sahabt yg sentiasa disisi kte....


harus bagaimana perlu persahabtan itu kite sulami...?
dengan titian kata yg penuh dengan makna disebaliknya atau bagaimana???

tika itu...hati akan berkata...
"begitulah akhirnya sejarah kehidupan erti persahabatan....."





ujian adalah tarbiyah dr allah

Sepanjang kehidupan di dunia ini, terlalu banyak tarbiyah dari Allah dalam kita sedar mahupun tidak. Segala penciptaan dan kejadian yang berlaku hanya dapat dirasai kemanisannya dan keajaibannya apabila direnungkan dan dimuhasabah kembali segala-segalanya. Kita didatangkan dengan ujian supaya kita bersabar dan bersyukur serta sebagai bukti penyerahan diri kita sebagai hambanya. Tetapi adakah dan pernahkah kita berfikir tentangnya? Selalunya apabila ditimpa dengan ujian berbentuk musibah, bencana atau boleh dikatakan juga sesuatu yang manusia akan merasakan kesakitan dan kepedihan, barulah kita akan memohon dan teringat padanya. Tetapi bila tidak didatangkan dengan ujian seumpama itu, kita akan sering terleka dan lalai dari memohon darinya.

Jgnlah rasa sedih dan kecewa bila ditimpa ujian...
Dan jgnlh pula mengatakan knp mesti aku yg dpt ujian ini...
Dan manusia selalu berkata: aku xkuat menerima ujian mu ini ya allah...
Tp kite mesti terlupa..yg alllah akan menguji hamba2nya mengikut kadar kemampuan hamba nya itu sendiri..
Betapa sayangnya allah..dia xnak melihat hambanya terseksa dgn ujian yg diberi...tetapi dia nk hamba2nya mkin mendekatkan diri kpdnya..dgn berdoa dan memohon kekuatan kepadanya.

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Ali Imraan : 139)

"... ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."
 (Yusuf : 87)

Friday 22 July 2011

kehidupan ini pasti ad ujian nya....

Kesenangan yang datang
Tak akan selamanya
Begitulah selepas susah ada kesenangan

Seperti selepas malam
Datangnya siang
Oleh itu waktu senang
Jangan lupa daratan

Gunakan kesempatan untuk kebaikan
Sebelum segalanya terlepas dari genggaman
Kelak menyesal nanti tak berkesudahan
Apa guna sesalan hanya menekan jiwa

Jangan difikir derita akan berpanjangan
Kelak akan membawa putus asa pada tuhan
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali

Ujian adalah tarbiah dari Allah
Apakah kitakan sabar ataupun sebaliknya

Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari tuhan


Gunakan kesempatan untuk kebaikan
Sebelum segalanya terlepas dari genggaman
Kelak menyesal nanti tak berkesudahan
Apa guna sesalan hanya menekan jiwa

Jangan difikir derita akan berpanjangan
Kelak akan membawa putus asa pada tuhan
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali

Ujian adalah tarbiah dari Allah
Apakah kitakan sabar ataupun sebaliknya

Ujian adalah tarbiah dari Allah
Apakah kitakan sabar ataupun sebaliknya

Kesenangan yang datang selepas kesusahan adalah nikmat dari tuhan...
~setiap ujian yg datang mempunyai hikmahnya yg tersendiri~ 

Thursday 21 July 2011

senyum membawa makna

“senyum seindah suria yg membawa cahaya..
  senyum lah dr hati duniamu berseri..
  senyumanmu....membahagiakan..
  senyumanmu...amatlah bermakna..”


senyumlah selalu kerna: 
dgn senyuman dpt mengubat segala2nya...
dgn senyuman dpt menutupi segala perasaan yg ada..
dgn senyuman dpt membahagiakan owg di sekeliling kte...

bukan nya susah tok curahkan senyuman..
tp rmai dikalangan kte, susah sgt nk nmpak senyumannya..
senyumn nya mahal kot..ad berlian tkowt terjatuh..
xpown..tkowt law senyum terkantoi gigi rongak..huhuhuhu..
padahal senyum 2 boleh mnjd ubt bg diri kite sendiri dan semangat pd owg lain..

Nk taw x??
Senyum ni termasuk proses penting bagaimana seseorang itu mampu menerima kehidupannya. Dengan senyum semua hal akn terasa lebih ringan. Sebab senyum dapat menstimuli seseorang berpikiran positif dan menghadirkan sikap yang lebih tulus dalam mengerjakan sesuatu. Kemampuan tersenyum itu juga terkait dengan kadar kematangan seseorang dalam menyelesaikan masalah kehidupan. Ketidakmampuan seseorang menerima keadaan dan selalu berpikir negatif merupakan faktor penyebab susah tersenyum. 

Tp senyum ni xkan bererti jgk jika tak disertai dgn ketulusan hati and terhalang dgn kepura2an..

Senyumlah Selalu..senyum e2kan sedekah..:-)


MULAKAN DGN BISMILLAH..

first n3 ku..
Bismillahi rahmani rahim...
segala puji bg Allah, Tuhan sekalian alam...
akhirnya..tercipta lh jgk blog aq...
selama ni aq dok tgk owg wat blog n jln2 bca blog owg...
tp arini aq terdetik tok wat blog sendiri...
"BLOG IBTISAM"

"buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan;
 sy budak baru belajar, salah silap tolong tunjukkan...."